Susut Nilai Tai Fook & BungaMas

Berita Baik!!! Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pelarasan susut nilai terhadap produk Tai Fook dan BungaMas bermula pada 16 Julai 2013.
Perubahan susut nilai adalah seperti berikut:

Tai Fook & BungaMasSusut Nilai AsalSusut Nilai Terkini
10 gram8.0%8%
20 gram8.0%7%
50 gram8.0%6.5%
100 gram8.0%6%

PRODUK TERBARU DARIPADA PUBLIC GOLD


BungaMas Series Bar 50g

Dengan bangganya, Syarikat Public Gold memperkenalkan produk baru iaitu siri BungaMas. Produk ini merupakan jongkong emas berdasarkan motif traditional melayu dengan ketulenan 999.9.

Produk BungaMas ini telah diukir dengan tulisan Jawi yang anggun di permukaan hadapan jongkong emas. Terdapat juga corak Songket yang unik dicetak di belakang produk ini untuk meningkatkan lagi keistimewaannya.

Songket adalah satu tenunan tangan kain, sama ada dalam sutera atau kapas halus yang bercorak dengan benang emas atau perak yang menonjolkan latar belakang kain untuk mewujudkan kesan berkilauan. Ia amat terkenal di Malaysia, Brunei dan Indonesia terutama di kalangan masyarakat Melayu untuk menggambarkan kemewahannya.

Produk BungaMas paling sesuai untuk diberikan sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan, hari jadi serta perayaan-perayaan yang penting. BungaMas juga sesuai diberi kepada orang yang disayangi sebagai tanda penghargaan serta untuk tujuan koleksi.