Menabung Dengan Dinar


Tahukah anda, manabung menggunakan Wang Fiat makin lama makin susut nilainya. Andaikan anda menabung bermula dari sekarang untuk jangkamasa 5 tahun dengan jumlah ketika itu RM10 000. Rasanya berapa nilai RM 10 000 ketika itu. Mungkin juga ketika itu perbelanjaan untuk menyara anak masuk ke universiti lebih daripada itu, siapa tahu. Sedangkan pada tahun 80an nasi lemak sebungkus hanya 20 sen dan sekarang tahun 2012 harganya berlipat kali ganda. 

Berbeza pula dengan Dinar atau emas makin lama disimpan makin bernilai. Sekarang ini harga 1 Dinar lingkungan RM750. Rasanya adakah harga tersebut akan tetap sama setahun, dua tahun atau lima tahun akan datang.